Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
banneratas

MENGENAI PROGRAM

VISI

Pencetus dan pembimbing dalam penghasilan pelajar berkualiti yang mempunyai jati diri dan nilai keusahawanan.

MISI

Memastikan Program Asasi Sains UMK-MARA yang digubal dan dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang menepati keperluan UMK, pasaran pekerjaan, masyarakat setempat serta global.

OBJEKTIF

  1. Melahirkan para lulusan yang berkualiti dan mencukupi untuk memasuki program ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
  2. Membina dan membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketerampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai nilai-nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis usahawan bumiputera dan pemimpin masa depan.

MATLAMAT PROGRAM

  1. Mewujudkan kekuatan dalam bidang keusahawanan dengan melahirkan pelajar bidang sains yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang keusahawanan.
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai latar belakang keusahawanan dan sains yang kukuh dan mencukupi untuk menampung keperluan pelajar berkualiti ke program ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi termasuk program Doktor Perubatan Veterinar yang telah dirancangkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
  3. Menyediakan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan asas dalam bidang keusahawanan yang disepadukan dengan sains dan teknologi yang mantap bagi memupuk minat yang mendalam dalam bidang sains dan keusahawanan untuk menjayakan hasrat UMK sebagai universiti keusahawanan yang unggul dalam dan luar negara, khususnya dalam keusahawanan berasaskan sains dan teknologi.
  4. Membina dan membentuk modal insan yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketerampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis profesional dan pemimpin masa depan Negara.
  5. Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Di akhir program pengajian, graduan program pengajian ini akan:

  1. Berkebolehan mengenalpasti skop dan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi yang boleh dikomersialkan untuk tujuan penjanaan ekonomi.
  2. Mempamerkan kebolehan yang tinggi dalam menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan sains melalui pemikiran secara saintifik.
  3. Berkemahiran dan bertanggungjawab sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang kepada pembangunan kerjaya dan kesejahteraan masyarakat.
  4. Berupaya menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara etika dan profesional bagi menjamin kesejahteraan manusia.
  5. Berkebolehan menunjukkan keupayaan kepimpinan dan semangat kerja berpasukan melalui penggunaan ilmu pengetahuan dengan menyampaikan idea, buah fikiran dan berkomunikasi dalam dua hala dengan menggunakan bahasa yang baik.
  6. Berkebolehan untuk menghubungkait tiga bidang sains iaitu Kimia, Biologi dan Fizik serta Matematik dengan kemahiran khusus untuk menentukan kaedah penyelesaian permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
  7. Berkebolehan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi agar dapat dimanfaatkan untuk kehidupan dalam suatu tempoh yang lama.
  8. Berkeupayaan untuk membuat penilaian tentang peluang dalam bidang sains dan teknologi untuk tujuan keusahawanan dan perniagaan.